assalammualaikum ^^
kpop~~!! kalau korang pekalah kan, mesti korang perasan yang malaysia sekarang ni dah dilanda korean wave, hallyu stars is coming~~!! masa aku minat kpop ni, ak rase tak ramai pon yang minat kpop ni. rasa macam 1 dalam 20 untuk jumpe orang yang ade minat sama. taappi i i i i sekarang amek koh! dah terlalu ramai sangat kot, dah rase tak istimewanye minat kpop ni.
tapi yang untung nye bila jumpe orang yang minat kpop jugak, korank akan rasa....rasa...rasa...tak tau nak describekan macam mane, orang yang penah rasa je tau. tujuan ak tulis entry pasal kpop ni, sebab ade sorang member ak ni, tak paham sangat2 kenape ade orang tergila2kan kpop tu. aku harap melalui entry ni, dye dapatlah paham sikit kenape.
ok mula~~
situasinye sama bila ada seorang lelaki yang minat bola. bila datang je musim bola, aduii i i i tak ade sape yang tahan melainkan orang yang sama minat. macam tu juga lah yang berlaku pada korean wave ni. hanye orang yang mengelami bende yang sama je paham. ko tengok cita ' playful kiss' cuba ko tengok cite yang dapat rangking tinggi2, ko dengar lagu yang superb menang anugerah yang besar2 punye, ak tak boleh cakap confirm ko jatuh hatilah kan. tapi aku akan cakap hati ko akan tergerak sikitlah. dapat pulak tengok cite2 yang kelakar macam cite, HAPPY TOGETHER, 2 DAYS 1 NIGHT, COME TO PLAY, STRONG HEART, STAR KING. memang ko gelak pecah perutlah
ke-2, sekarang ni kan dah banyak orang minat kpop, jadi xdelah isu ko tak paham ape yang dorang cakap or nyanyi. search je eng subbed atau english lyrics, mesti ade punyelah. orang yang keje mentraslatekan cita2 ni pon ko akan jumpe. bagi dorang, bende2 tu lah yang menjadi kepuasan pada diri dorang. asalkan ko pandai search lah.
ke-3, kadang2 sesetengah kes, bukan nak menunjuk tapi dah minat kan. dorang minat untuk letak gambar2, widget2 kpop tu kat blog dorang. itu terpulang pada dorang lah kan. mungkin suatu hari nanti bila ko dah jumpe bende yang minat gila baru ko akan paham
ke-4, kes cemburu. ini bukan kes cemburu yang gila2 nak mati tulah kan. it's just for.... i dont know how to say. lets say lah
A dan B peminat aaron aziz. pada suatu hari A terserempak dengan aaron aziz dan dapat tandatangan lagi~~
A~ eh, ko nak tau tak ak terserempak dengan sapa tadi??
B~ sapa? (muke mcm x nak amik tau)
A~ aaron aziiiiz lah!!!!
B~ serius??!! (muka dah excited)
A~ ak dapat sign dye lagi uu~~ jangan jeles~~
B~ WHAT THE......ni tak boleh jadi ni. tengok2..
ak tak tau lah ko paham ke tidak mesej yang aku cuba sampaikan. tapi aku harap sangt lah ko paham.
masa mula2 aku minat kpop dulu, okeey aku mengaku memang aku buat semua bende2 yang ko cakap mcam tampal poster, beli majalah kpop, and others tapi bila dah besar ni dah boleh dianggap senior ni, aku dah jarang dah buat bende2 tu sume. memang dah stop pon. sebab adanye internet. jadi tak perlu susah payah pergi kedai beli majalah kpop. dan paling penting aku tak lah segila dulu.
ke-5,kalau ko nak tau, bukan ko je tpi orang lain sekali, bukan setakat negara kita je yang dilanda korean wave tapi negara jepun pon dah parah tau! aku sendiri yang peminat korean ni mengaku yang terlalu banyak sangat artis korea debut di jepun. sangat banyak okey! dan sampai satu kes tu, ade seorang artis jepun ni dibuang syarikat sebab dye twite 'bila bukak tv je, cita pasal hallyu stars' dan ade jugak perarakkan untuk give back japaness tv. punyelah teruk kan. kire negara kita ni dah kire ok sikitlah.
ke-6, dibandingkan jenis peminat sini dengan peminat kat korea tu lagi lah.. dorang lagi tahap ape pon ak tak tau. dorang boleh pergi stalker orang tu, sponser makan sume, dan disebabkan kuasa peminat ni seseorang tu boleh bunuh diri tau, boleh jadi stress. dorang tu lagi teruk.
ke-7, dibandingkan quality artis korea dengan artis malaysia, memang jauh lah. dorang tu datang dengan pakej tau. muka, suare, bakat nyanyi, bakat menari, bakat menulis lagu, macam2 lagi lah. dan dorang tu sume bertraining! bukan macam artis malaysia yang sangat cepat siap menjadi artis, lebih tepat artis segera. dorang tak weh. ade yang training 8,6, 5, tahun tok jadi artis. paling cepat jadi artis pon 2 tahun. tapi ade jugak artis yang lahir dari vote orang ramai tapi tak ramai dan tak popular. tak lupe jugak ade yang jadi artis yang sebab muka, badan cantik, suare tetap hancur. macam tu jugak dengan artis malaysia kan.
kepada peminat korea yang lain terutamanya yang islam tu.
- jangan over sangatlah minat tu.
- jangan sampai bende2 lain pon kita dah mula lalai.
- jangan sampai kita tak berada dalam dunia sebenar.
- jangan sampai terlalu ikotkan perasaan. mula nak perpakaian macam dorang.
- still ingat batas2 lelaki dan perempuan. jangan korang pergi teliti badan six packs dorang tu kan.
sampai sini je kot aku nak sampai kan. kalau ade lagi, aku buat entry baru. entry ni bukan untuk member aku tu je, ini untuk orang lain jugak, yang tidak beberape mengerti tu kan..
terima kasih ^^