
rindu. aku rindu. aku rindu? ya, pasti! aku rindu waktu dulu. waktu matrik dulu. aku rindu dengan kesungguhan aku belajar, aku rindu dengan semangat aku belajar. aku rindu dengan kawan2 yang setiap kali kami bercerita pasti dengan penuh kesungguhan. aku rindu teacher yang buat aku menangis, kerana hendak sedarkan aku tentang lamunan aku. aku rindu dorang.
dan sekarang ni pon aku masih dalam keadaan rindu. seriusly, aku rindu ibu. lagi2 masa waktu gerhana dulu, sangat2 rindu. ibu cakap kalau rindu, baliklah. saya nak balik, tpi ayah tak bagi. ayah nak saya duduk dekat UTM ni, belajar dan saya tak nak punahkan harapan mereka. saya nak mereka bangga dengan saya lagi.

inilah nasib belajar jauh dari family. kalau dulu, setiap kali talipon ibu, mesti menangis, satu kepastian. tak boleh dengar suare ibu, sebab tu angah jarang call ibu. sampai ibu pernah ckp "baru duduk melaka, dah menangis. mcam mana nak duduk korea nanti(belajar luar negara)?" waktu itu, aku mampu tersenyum je. tapi kini? aku tak boleh menyesal dengan keputusan yang aku dah buat. kalau kita mahukan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu sebagai ganti. aku kene mula terima kenyataan yang mereka pergi berjalan2 tanpa aku..
jika aku diberi peluang untuk memiliki satu kekuatan, aku akan pilih "kekuatan hati". ya, itu yang aku mahukan. nampak je muke sombong, garang, tapi hati saya sangat fragile. tapi aku bangga dengan diri sendiri, even dah banyak kali aku jatuh, aku masih mampu untuk bangkit. tapi bila aku tak tahan, aku terpaksa juga menangis untuk meluahkan semuanya....
dengan adanya kekuatan hati, aku dapat menangkis segala kepahitan yang berlaku, aku mampu menahan diri aku, aku juga dapat kuatkan hati aku untuk berubah kepada orang yang lebih baik..malangnya itu hanya angan2 sahaja. mungkinkah ia boleh berlaku tanpa diberi peluang? aku akan cuba utk memiliki kekuatan itu.

terima kasih ^^